mandala sukma

Sunday, September 30, 2007

kalau aku boleh tolong

"just now someone asked me why am i not there for you.
said if she was me she'd be there every day.
i wish i could. in fact i want to.
but i guess at the same time, i have to be there for myself first.
and i don't know if being there for you and being there for me are one and the same.
i wish they are."

-aini hanan-

aku curi ayat nih dari blog ex-schoolmate aku,hanan dan yeah aku rasa aku dapat rasa apa yang dia rasa cuma ada sedikit kekesalan kerna aku sendiri lemas dengan masalah aku, tidak mampu memberi kata-kata semangat, cuma dengan kata "be strong, hanan!" itu sahaja aku rasa sudah cukup untuk dia berasa lega. bila dibaca ayatnya, timbul sedikit rasa mungkin itu juga aku rasa di mana kadangkala aku rasa aku sendiri perlu memberi peluang kepada diri sendiri, bukan setakat hanya memikirkan perasaan orang lain. mungkin sekarang aku tersedar akan kata-kata rakan serta lecturer aku. aku harus memberi peluang pada diri sendiri. hanya kerana mementingkan hati orang lain, apa orang lain rasa aku serba sedikit lupa akan diri sendiri, membiarkan diri sendiri menanggung derita. mungkin itu sudah menjadi sikap semula jadi aku. lebih mementingkan orang lain namun apabila tiba masa aku mementingkan diri sendiri..apa sebenarnya aku rasa? apa sebenarnya yang aku dapat? aku sendiri keliru dan akhirnya aku mengambil keputusan membiarkan sahaja apa yang berlaku. bak kata orang "just go with the flow".. kalau bagus,bagus lah dan kalau hampeh, hampeh lah..biarkan sahaja.. mungkin sebab itu diri sendiri menderita. aku sebenarnya bingung..apa yang aku dapat sebenarnya dari sebuah pengorbanan? apa harus aku terus berkorban kerna sudah menjadi sifat semulajadi aku? atau tiba masa agar aku juga harus menjadi seperti hanan, memikirkan apa diri sendiri rasa..pada aku ini bukan sikap mementingkan diri sendiri..tertakluk kepada situasi tertentu..kata orang macam mana nak gembirakan orang lain kalau diri sendiri tak gembira? dan macam mana nak jaga orang kalau diri sendiri masih lagi menderita.mungkin kerna itu seminggu dua ini aku mesti rasa susah hati serta berdebar-debar..namun apabila emosi sudah stabil timbul pula perkara lain..masalah tak pernah sudah bukan? aku masih lagi main tarik tali dengan diri sendiri.dan seperti aku katakan sebelumnya, aku tetap dengan keputusan aku dalam apa keadaan sekalipun.

simphosia

1 comment:

ainihanan said...

be strong che wan!

:)

hey thanx a lot, kau ckp mcm tu pun dh buat aku rase ok..

i agree wif u :)

take care aite..cheers~