mandala sukma

Monday, September 24, 2007

ini dilema kita

Saat ini aku lebih banyak menghabiskan masa aku untuk duduk di rumah sahaja. baru sahaja selesai praktikal..maka masa banyak terluang..post kali ni bukan cerita pasal kisah hidup aku..aku lebih terkesan untuk bercerita tentang industri kita, maksud aku industri muzik serta filem mahupun drama..mungkin kerana kesan daripada dapat meluangkan masa bersama M Nasir membuatkan hati agak terkinja-kinja memberi pendapat sendiri. Sebenarnya orang kita boleh membuat lagu mahupun cerita yang bagus.itu kata sifu, tapi masih ada antara kita masih menentang perkara itu.masih mengagungkan muzik luar.aku mengaku aku juga mendengar muzik dari negara luar.cuma agak sedih apabila ada stesen radio banyak memainkan muzik dari negara luar berbanding negara sendiri.nisbahnya ada 3:1.. 3 lagu indon dimainkan berbandingkan satu
lagu melayu. mana silap kita? adakah kita alpa? M Nasir ada berkata orang kita ini baik hati sangat. stesen radio memberikan alasan mengikut kehendak pendengar.tapi pada pendapat aku, orang kita takkan tertarik mendengar lagu luar kalau sering dimainkan di radio.kalau radio kita mainkan lagu-lagu muzik sendiri, mungkin hati pendengar akan melekat dengan lagu sendiri. lagu kita sering digam oleh orang kita sendiri, macam mana kita mahu memberikan sokongan kalau lagu kita sendiri digam. kata mereka wujud sentimen yang boleh buat orang terasa. benar, kalau sudah tercalar di mata hati, mereka mengambil tindakan sebegitu. apa salah kalau kita mahu menceritakan perkara yang sudah lama menjerat orang-orang kita. kalau diikutkan banyak sahaja penyanyi mahupun band-band yang mampu menyaingi penyanyi negara seberang. kita ada butterfingers, spider, pretty ugly,flop poppy,hujan, band-band underground seperti oh chentaku, lightcraft, telephony delivery, mushbuttons (sekadar menyebut beberapa nama), mereka gah sebenarnya.kita punya lagenda rock kita sendiri..search,wings.bpr, lefthanded..mereka sudah lama berpusat dalam industri kita..jadi kenapa stesen radio masih bersikap memejamkan mata? mana lagi silap kita? jangan semua salah diletakkan kepada telinga pendengar..kita juga punya komposer yang tidak kurang hebatnya..kita ada M Nasir, Ad Samad, Aidit Alfian, Ajai, Adnan Abu Hasan, Habsah Hassan (sekadar menyebut bebrapa nama) yang mampu menghasilkan lagu-lagu yang mampu menyentuh hati serta jiwa pendengar kita, kerana itu yang sebenarnya yang mahu didengar oleh pendengar kita. kita juga punya komposer-komposer muda yang mampu mewarisi bakat yang sedia ada.beri mereka peluang.. dari segi industri perfileman..aku kurang senang dengan David Teo..aku tak tahu mengapa cuma aku rasakan filem-filem yang dihasilkan olehnya kurang menepati citarasa aku..benar dia telah mengangkat nama Malaysia di mata dunia seperti cerita JPB yang ditayangkan di Filipina yang tiketnya terjual 1.3 juta peso selama seminggu ditayangkan..kalau diconvertkan, RM100,000 seminggu..cuma filem filem David Teo adalah atas dasar komersial..kurang unsur seni..bukan tiada cuma kurang..orang kita mahu lihat filem yang mampu menyentuh jiwa setanding dengan filem luar bukan setakat filem mahu jual tapi tiada isi serta main buat sahaja. Kesan CGI dalam filem Cicakman adalah menarik, aku hormati cuma jalan ceritanya agak gagal pada aku tapi filem itu adalah baik daripada filem Impak Maksima..kalau mahu buat cerita drift guna kesan CGI buat betul-betul jangan buat macam sampah..ramai sahaja animator di Malaysia setanding Yusri..Kita ada pengarah berwibawa seperti Afdlin Shauki yang ceritanya sarat dengan isi..mereka membuat filem untuk mengajar di samping menjual..Cerita Cinta juga sarat dengan elemen sentuh jiwa..walaupun cerita itu dikatakan meniru cerita luar tapi ada unsur elemen Malaysia sudah cukup untuk mengajak penonton menjengah panggung.. pada aku drama-drama kita berjaya mencuri hati penonton..kita ada jinggo,mohd noor kadir, bernard, pengarah cerita dunia baru yang berjaya menambat hati penonton melalui karya mereka..drama-drama kita berjaya sebenarnya..drama kita setanding dengan cerita luar..walaupun mungkin antara kita lebih senang menonton CSI Heroes Prison Break, aku juga minat dengan cerita-cerita luar tapi drama-drama kita juga harus diber penghargaan..cerita gol & gincu sebenarnya adalah terbaik dari jalan cerita walaupun masih terdapat kelemahan namun itu tidak mudah membuat pengarahnya putus asa mengasilkan karya yang pada aku cukup bagus. mungkin kerana jalan cerita yang menunjukkan kehidupan rakyat kita, orang kita, remaja kita serta pelakon-pelakonnya..kekasih aku meminati Pierre..aku tak nafi..wataknya banyak mencuri tumpuan para penonton..watak fazura gedik-gedik manja juga menjadi..Sazzy berjaya menghidupkan wataknya..begitu juga Lana...pada aku drama jinggo serta rashid sibir juga tetap bagus...mengolah cerita tentang hidup; beri kesan mendalam..aku sebenarnya tidak sabar untuk melihat cerita Anak Halal..kakak aku kata cerita itu bagus..M Nasir juga setuju.. ini sahaja pendapat aku..mungkin ada di antara pembaca tidak setuju dengan pendapat aku..tapi setiap antara kita punya persepsi bukan? dan di sini akan timbul sikap menghormati persepsi masing-masing..Kita sebagai orang Malaysia mampu menandingi orang luar..bak kata M Nasir, "orang kita sebenarnya kreatif cuma kita kurang produktif"

simphosia

No comments: