tiba saat mata terbuka
hati mula tersenyum untuk menulis semula
melihat hidup penuh ranjau
berteman duri duri yang tajam
namun bukan bermaksud untuk paling ke belakang
hidup perlu jujur
maka segala ranjau yang datang
dapat ditentang dengan hembusan nafas sahaja
tiada masalah yang tiada penyelesaian
benar!
memang tidak dinafikan perkara itu
namun untuk meredah segala masa agar masalah dapat diselesaikan
itulah yang perit
masa itu baru rasa sakit
menarik nafas lega apabila masalah selesai
bukan perasaan yang sebenar
menarik nafas lega kerana dapat melalui masalah itu
satu perasaan yang tidak dapat dibayangkan
sayugia
harus jujur dalam merentas masa menyelesaikan masalah
tidak harus lupa Tuhan itu sentiasa ada
selagi ujian masih ada maka kita dekat dengannya
kita masih belum dilupai-Nya
mungkin kadang kala timbul perasaan cemburu
melihat rerakan yang hidup dengan gembira
tanpa berkerut tanpa rasa kecewa
namun harus redha dengan segala yang sudah tertulis
kita hidup harus jujur
selagi kita hidup jujur maka hidup akan senang
benar menipu itu adalah senang
tapi sukar untuk terus menipu
harus memikirkan cara-cara untuk menipu
kita tidak tahu apa akan jadi selepas ini
mungkin kita menang
mungkin kita akan kecundang
kerana itu hukum karma
kata mereka hidup ini bagaikan roda
ada kala kita gah di atas sana
ada kala kita tersungkur merudum
jangan mudah terlena
jangan mudah terleka
kerana ada di antara kita lemah jiwa mereka
ada di antara kita syaitan teman karib mereka
bila bila masa sahaja mereka mahu mengambil kesempatan
atas kelekaan kita
ada di antara kita mudah sahaja putus asa
kerana masalah yang selalu menimpa
kita harus ingat
masih ada yang lagi kurang upaya dari kita
apa yang harus kita takutkan
kita masih ada orang yang sentiasa menyokong kita
keluarga,kekasih,sahabat,teman,rakan serta kawan
kita masih ada mereka
maka jangan mudah kita berputus asa
mungkin sudah tiba masa
aku juga harus terjaga
akibat daripada sudah lama terlena.
simphosia

No comments:
Post a Comment