tiba bulan ramadhan
semua umat islam berpuasa
syawal pula bakal menjengah
kanak-kanak pasti riang suka gembira
memakai baju baru berpoketkan duit raya
ada di antara kita akan menziarahi kubur pusara
sanak saudara
aku?
aku mahu menziarahi pusara pak lang
orang yang telah membuka mata aku dalam dunia seni lukis
jika bukan kerana dia
aku mungkin tidak bertemankan berus dan kanvas
jika bukan kerana dia
aku mungkin tidak terjerumus dalam kancah multimedia
tahun lepas pertama kali melawat pusaranya
setelah bertahun aku tidak menziarahinya
melihat ayah serta mak mengalirkan air mata
aku tahu mereka jua merindui dirinya
aku menangis dari siang hingga ke malam
merindui seseorang yang begitu bermakna dalam diri aku
walaupun sudah bertahun-tahun usia pemergiannya
rasa seperti semalam aku masih berada di sebelahnya
melihat dia menjebik muka
tidak jemu mengajar aku bagaimana bertemankan 'crayon'
sambil dia menghembuskan asap puntung Benson
aku merindui gelagatnya
lukisan-lukisannya entah ke mana
namun masih ada satu yang masih disimpan oleh kakak
lukisan anyaman tikar
aku harap aku juga mampu menghasilkan lukisan sepertinya
kadang kala aku harap dia masih ada
agar dia dapat menjadi pendengar setia
kepada masalah-masalah aku
semoga rohnya dicucuri rahmat dan dia bersama orang-orang beriman.
Al-Fatihah
"though you went away when we pray (long gone)
you keep telling me to be strong, things will never be
wrong,i gotta move on.."
simphosia

No comments:
Post a Comment