mandala sukma

Sunday, September 30, 2007

dilema hipokrit

Sebenarnya aku tidak mahu blog baru ini menjadi seperti yang lepas, di mana aku melepaskan kemarahan serta kebengangan aku terhadap situasi tertentu.tapi aku tidak mampu memendam rasa marah serta geram seorang.selama ini banyak perasaan yang aku pendam dan mungkin dengan cara itu aku dapat mengelak daripada beberapa situasi yang mampu memudaratkan diri sendiri. namun aku sedar aku sudah menjadi orang lain, bukan diri sendiri.menjadi seorang hipokrit adalah senang namun sukar untuk terus menipu diri sendiri. masalah tidak pernah sudah,tidak kenal erti lelah. pasti ada sahaja perkara yang terjadi.rasa sedeh sudah menjadi kebiasaan dalam diri.namun apakan daya, dengan cara itu sahaja aku dapat teruskan hidup. aku tidak pernah menyalahkan Tuhan dalam apa-apa situasi malah aku merasakan makin dekat denganNya. apatah lagi dalam keadaan tertekan sehingga aku menjadi kurang siuman dan bak kata orang, aku kurang iman.tangan sendiri hendak dicederakan. alhamdulillah, masih ada insan-insan sekeliling mengambil berat, mengambil tahu keadaan. dan aku juga tahu pasti ada yang tersenyum sinis melihat aku dalam kesusahan sekarang, malah mungkin itu juga yang didoakannya.melihat aku sengsara dalam hidup, cuba menyelesaikan masalah peribadi walau dalam apa keadaan sekalipun.aku terima cabaran tersebut dalam menegakkan 'benang yang basah'. walau dalam keadaan sekalipun aku tetap dengan keputusan aku.aku tetap. walaupun aku terpaksa berubah menjadi orang lain, hipokrit. mungkin dengan cara itu aku mungkin menjadi lebih gembira serta kurang masalah walaupun sakitnya begitu perit.kadangkala aku terasa serba salah apabila orang lain yang lebih mengambil berat, terima kasih aku ucapkan. jasa kamu tidak akan aku lupakan. melihat diri yang kurang bermaya serta dilema kadangkala membuatkan aku seakan berputus asa untuk terus menjadi hipokrit. aku sebenarnya dalam dilema serta bermain tarik tali dengan diri sendiri. kerna sebab itu aku pernah mengambil keputusan untuk berhenti menulis seketika.aku menjadi kuat kerna Dia,insan sekeliling serta lagu-lagu yang aku dengar.

simphosia

2 comments:

ainihanan said...

hey..kadang2 kan aku rase kite kene gak jadi hypocrite. like bile kite sedih, mule2 kite buat2 ok and then sooner or later, kite mmg akan jadi ok betul2..who knows? act aku penah cuba :) coz if sedih and kite ikut sgt perasaan tu, mmg makin teruk.

kan?

munkyprettyugly's life said...

yeah u're right hanan..tq