mandala sukma

Sunday, September 23, 2007

anak-anak kita

ini kisah benar
inilah realiti dunia
inilah perangai segelintir anak-anak zaman sekarang

tika itu seorang lelaki berpangkat ayah
bangga melihat kesemua ketujuh-tujuh anaknya berjaya
lelaki ini senang anak-anaknya memanggilnya 'ku'
dia punya darah keturunan bangsawan
namun itu tidak menjadikannya angkuh
dia mahu hidup seperti orang biasa
kesemua anak-anaknya menjadi orang berpelajaran
kesemuanya punya ijazah
tak kira laki mahupun wanita
namun
itu dulu
kini dia sudah berumur
dia kini keseorangan
punya kedai runcit
dijaganya siang dan malam
kesemua anaknya sudah berkahwin
punya anak-anak
mereka hanya menjengah tika syawal menjelma
pakai makan minum dijaga oleh anak pertama serta kedua
yang lain?
nah..mereka semua sudah berada
sudah terlekat dengan harta dunia
akhirnya usia memamah dirinya
dia meninggal kerna sakit tua
semua anak ada ketika dia nazak
namun segelintir antara mereka
sudah berkira-kira tentang pembahagian harta
akhirnya dia mengadap Yang Maha Esa
anak-anaknya?
ada di antara mereka bergaduh sesama sendiri kerana harta
di mana silapnya?
dia sudah menjalankan kewajipannya dalam
mengajar tentang ilmu dunia serta akhirat
kini pusaranya jauh nun di pantai timur
ada di antara anaknya masih menjengah
menziarah
namun ada antara mereka leka mencari harta
buat wang berjuta-juta
ada yang rumah dekat dengan pusara
hanya menziarah sekali sekala
rumah serta kedai runcitnya kini roboh
kerna anaknya yang gilakan harta serta tanah
aku tak tahu apa yang orang tua itu akan rasa
menyaksikan anak-anaknya
tentu dia sedih kesal
namun itulah realitinya

itulah perangai segelintir anak-anak zaman sekarang

simphosia


No comments: