mandala sukma

Wednesday, August 29, 2007

ran away


i ran away today
ran from the noise
ran away
dont wanna go back
but dont have no choice,no way
i can make everyone happy but not me.

simphosia
cyberjaya

Tuesday, August 21, 2007

title


if im not everything you wanted
if im not everything you need
dont you want a happy ending?

munkyprettyugly

Thursday, August 9, 2007

why


why does fate make me suffer?

simphosia
cyberjaya

Wednesday, August 1, 2007

kenapa simphosia berhenti menulis?

Setelah bertahun mempelajari dan mengamati ilmu seni puisi, belum sampai hasratnya untuk menghasilkan 200 puisi dalam masa setahun, dia akhirnya nekad mengambil keputusan untuk menulis. Apabila ditanya sebabnya, dia membisu sahaja malah memberikan sekuntum senyuman bermakna. Masih diingat, setiap malam dia akan membaca buku puisi hasil nukilan sasterawan negara, A Samad Said, hadiah dari chenta. kalau masih diingat, banyak kisah berlaku ketika itu. dia mengamati malah menghayati serta menghafal puisi-puisi pak samad. antara puisi kegemarannya; Serenade, Jerkah setinggan, Kepada pemimpin itu, dan suara dari dinding dewan. sejak dari itu dia mula berjinak-jinak untuk menulis, mula membuat pen dan kertas sebagai sahabat. Jika tahun sebelumnya, dia berjaya menghasilkan lebih kurang 130 hingga 160 buah puisi, tahun ini belum sempat menjengah setengah tahun dia sudah pun menghasilkan 160 buah puisi. tapi sayang, puisinya terhenti setakat angka 167 sahaja.dia tidak berjaya menhasilkan 200 buah puisi. dia diam sahaja.hanya mampu tersenyum sahaja. namun akhirnya, dia membuka mulut dan meluahkan kata-kata. dengan mudah dia berkata yang puisi-puisinya akhir-akhir ini diselubungi kebingungan seputar matlamat dan nilainya, meminjam kata-kata pak samad, secara retorik barangkali boleh dikatakan ia menyemai debat wajah-wajah jahat atau mendekati hajat murni hasrat iri. adakalanya puisinya itu "terlanjur", kurang menepati semangat seni kerana lidah sinisnya. puisi yang dihasilkan semakin lama semakin menjadi sastera wajah hodoh malah basi. dia berhenti menulis kerana tidak mampu berhadapan dengan cabaran seni malah dia masih belum cukup bijaksana untuk menyampaikan pesanan seni yang tulen, tidak kiralah apa jua isi pesanannya.
Simphosia nekad untuk berhenti menulis kerana pada dia, puisi yang dihasilkannya tidak bermakna dan tidak sihat. dalam beberapa karya yang dihasilkannya, dia menjadi bodoh, dia lebih tergalak ke tahap mengada-ngada mempamerkan "pengetahuan". dia lebih menekankan penegasan "pengetahuan"nya, menjadikannya lebih pekat sehingga mengurani kepentingan dan kemestian ceritanya. dia juga sudah lupa yang puisi ini adalah karya seni, bukannya ensiklopedia semata-mata. dia sengaja menyisipkan elemen ingin "mengajar-ngajar". tidak pula dia menyisipkan pengetahuan serasi untuk "mempercantikkan" kisah dan menyokong perkembangan cerita supaya lebih "serasi". "jerit"nya menjadi kurang waras padahal kewarasanlah memperteguhkan sesuatu pesan seni yang dihantar. dia tersilap kerana menyamakan kewarasan seni dengan kewarasan kehidupan yang sebenarnya. dia masih belum cukup bekalan pengalaman dan pengetahuan untuk mendedahkan kewarasan seni. dia berhenti menulis kerana dia sedar yang dia sedang membantu melunturkan kuasa "magis" beberapa kata pusaka. dia semakin menambah pekat kegugupannya, menunjukkan kerapuhan peribadinya, dan juga mengimbaskan rasa bersalahnya. seni yang lahir daripada puisi rasa telanjang budi bakal cepat terlorot menjadi persembahan non-seni.
"kekecohan" antara sebab-sebab simphosia berhenti menulis. ia secara senyap merongrong kedamaian dalam puisi kehidupannya. simphosia mengambil tindakan "berhenti berkarya" sebagai bantahan terhadap apa yang berlaku. apa yang dimaksudkan dengan kekecohan itu, dia seorang sahaja yang tahu. pada dia, sudah tiba masa dia berhenti melakukan satu dosa seni yang besar. "jerit-jerit"nya tidak tulus malah tidak waras. maka adalah lebih baik simphosia secara terus "meninggalkan" dunia kesusasteraan dan memilih untuk "mengayakan" dunia hidupnya, itu pun kalau adalah, kurang dapat dipastikan tentang maksud dunai hidupnya. antara dosa seni yang dilakukannya adalah puisi mutakhir yang dihasilkannya lebih menjeritkan kebencian yang melampau dan kemeluatan secara total. di sini adab telah dikalahkan oleh nafsu. cara dia menyampaikan rasa kurang senang atau kecil hati salah lalu dihukum dengan kata-kata yang menyakitkan hati malah memakan dirinya sendiri.
mungkin lebih banyak faktor yang menyebabkan simphosia tidak lagi bertemankan pena dan kertas.mungkin sebab-sebab yang dinyatakan adalah sebagai "selimut" jawapan supaya dia dapat lari dari jawapan kenyataan. tiada lagi puisi-puisi dari simphosia.kasihan dan pelik kerana dalam konteks ini, dia hanya menyuarakan rasa tapi akhirnya dia yang terkena.

munkyprettyugly

mula buku baru

cuba-cuba nasib untuk kembali menaip

memang tak dapat tinggal tabiat menaip