mandala sukma

Thursday, June 5, 2008

talian sibuk


maaf..
talian kini dibuka semula
hampir sekian lama dihentikan
kerna berbeza persefahaman
"ikut kata hati kau orang muda" pesan si tua
"saya sudah lama memuaskan hati orang lain wahai si tua" kata orang muda
"sudah ku pesan, melukis biar tepat stroknya, hidup biar tepat keputusannya" kata si tua
"tapi saya tidak boleh mementingkan diri sendiri, harus memahami mereka" alasan orang muda
"ikut kata hati tanpa mendengar bisikan syaitan, tahu kiblat mu mana?" si tua berkata
"perit itu memang terasa, sengsara teman kepada dusta" pesan si tua
orang muda berdiam diri
talian kini dibuka semula
sila dial bila lapang masanya
dan aku tahu kau tahu
kenapa talian dibuka semula..


simphosia

No comments: