Simphosia nekad untuk berhenti menulis kerana pada dia, puisi yang dihasilkannya tidak bermakna dan tidak sihat. dalam beberapa karya yang dihasilkannya, dia menjadi bodoh, dia lebih tergalak ke tahap mengada-ngada mempamerkan "pengetahuan". dia lebih menekankan penegasan "pengetahuan"nya, menjadikannya lebih pekat sehingga mengurani kepentingan dan kemestian ceritanya. dia juga sudah lupa yang puisi ini adalah karya seni, bukannya ensiklopedia semata-mata. dia sengaja menyisipkan elemen ingin "mengajar-ngajar". tidak pula dia menyisipkan pengetahuan serasi untuk "mempercantikkan" kisah dan menyokong perkembangan cerita supaya lebih "serasi". "jerit"nya menjadi kurang waras padahal kewarasanlah memperteguhkan sesuatu pesan seni yang dihantar. dia tersilap kerana menyamakan kewarasan seni dengan kewarasan kehidupan yang sebenarnya. dia masih belum cukup bekalan pengalaman dan pengetahuan untuk mendedahkan kewarasan seni. dia berhenti menulis kerana dia sedar yang dia sedang membantu melunturkan kuasa "magis" beberapa kata pusaka. dia semakin menambah pekat kegugupannya, menunjukkan kerapuhan peribadinya, dan juga mengimbaskan rasa bersalahnya. seni yang lahir daripada puisi rasa telanjang budi bakal cepat terlorot menjadi persembahan non-seni.
"kekecohan" antara sebab-sebab simphosia berhenti menulis. ia secara senyap merongrong kedamaian dalam puisi kehidupannya. simphosia mengambil tindakan "berhenti berkarya" sebagai bantahan terhadap apa yang berlaku. apa yang dimaksudkan dengan kekecohan itu, dia seorang sahaja yang tahu. pada dia, sudah tiba masa dia berhenti melakukan satu dosa seni yang besar. "jerit-jerit"nya tidak tulus malah tidak waras. maka adalah lebih baik simphosia secara terus "meninggalkan" dunia kesusasteraan dan memilih untuk "mengayakan" dunia hidupnya, itu pun kalau adalah, kurang dapat dipastikan tentang maksud dunai hidupnya. antara dosa seni yang dilakukannya adalah puisi mutakhir yang dihasilkannya lebih menjeritkan kebencian yang melampau dan kemeluatan secara total. di sini adab telah dikalahkan oleh nafsu. cara dia menyampaikan rasa kurang senang atau kecil hati salah lalu dihukum dengan kata-kata yang menyakitkan hati malah memakan dirinya sendiri.
mungkin lebih banyak faktor yang menyebabkan simphosia tidak lagi bertemankan pena dan kertas.mungkin sebab-sebab yang dinyatakan adalah sebagai "selimut" jawapan supaya dia dapat lari dari jawapan kenyataan. tiada lagi puisi-puisi dari simphosia.kasihan dan pelik kerana dalam konteks ini, dia hanya menyuarakan rasa tapi akhirnya dia yang terkena.
munkyprettyugly
No comments:
Post a Comment