Sangat mengagumi hasil karya Allahyarham..walaupun tidak pernah ketemu mahupun berjabat tangan, daripada cerita kakak diadun pula dengan artikel daripada sahabat baik atau 'cermin' allahyarham, Sifu M Nasir..sudah cukup untuk membayangkan karekter allahyarham..nama yang cukup gah tapi sayang hasil karya tidak terlalu diberi perhatian semasa Ajl baru-baru ini..masih teringat semasa menemani kakak menemubual Sifu M Nasir pada Sep 8,2007, terdapat sedetik harapan agar dapat bertemu Allahyarham Loloq..namun Sifu bilang, Allahyarham Loloq mengerjakan umrah..terdapat reaksi berkerut dahi semasa itu..Sifu bilang Allahyarham terkenal dengan pengembaraan seninya..Penulisan karya Allahyarham Loloq unik.Bila diperkatakan tentang pengembaraan seni, terdapat satu artikel yang dikarang oleh Sasterawan Negara, A Samad Said dalam artikel bertajuk 'ragam alam dan etnik mercupkan karya'..dan penulisan karya pada dasarnya adalah penjejakan kembali kepada sebuah kenangan, bukan kerana keinginan senimannya untuk merasa kesengsaraan itu, tapi kehangatannya untuk berfikir dan bertanya tentang kewajaran dan tabii manusia dalam kehidupan..Mungkin itu yang diadaptasi di dalam setiap karya-karya Allahyarham..Hati nurani akan sentiasa menang jika ia berjujur. Hati penulis adalah penderitaannya dalam kebahagiaan, atau kebahagiaannya dalam penderitaan..seperti yang ditulis dalam artikel Sifu, Allahyarham pernah melalui zaman gelapnya...Dia terpaksa menghantar kehidupan dalam bentuk yang sudah disaringnya secara jujur supaya pendengarnya dapat menjadi lebih bijaksana, jika bukan hiburan saja yang cuba dipetik daripada karya seni beliau..mungkin kerna itu karya-karya Allahyarham sangat unik dan mempunyai bahasa yang indah..
maaf jika pendek, hanya melakukan 'pengwarasan' tidak sempat melakukan 'pengsenian'
Al-Fatihah
simphosia